Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا أتى أحدُكم أهلَه فلْيَسْتَتِرْ، فإنه إذا لم يَسْتَتِرْ استَحْيَتِ الملائكةُ، وخَرَجَتْ، وحضر الشياطينُ، فإذا كان بينهما ولدٌ، كان للشيطانِ فيه شَرِيكٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya salah seorang kamu mendatangi isterinya, maka hendaklah dia menutup (memakai pakaian). Kerana sekiranya dia tidak menutupnya, para malaikat akan berasa malu lalu keluar daripada mereka berdua. Kemudian datanglah syaitan. Dan sekiranya mereka berdua memperoleh anak, maka syaitan akan menjadi sekutu bagi anak tersebut.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis no. 949. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا أتى أحدكم أهله فليستتر فإنه إذا لم يستتر استحيت الملائكة وخرجت، وحضر الشياطين، فإذا كان بينهما ولد، كان للشيطان فيه شريك)). [طس، ((الضعيفة)) (1840)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang kamu mendatangi isterinya, maka hendaklah dia menutup (memakai pakaian). Kerana sekiranya dia tidak menutupnya, para malaikat akan berasa malu lalu keluar daripada mereka berdua. Kemudian datanglah syaitan. Dan sekiranya mereka berdua memperoleh anak, maka syaitan akan menjadi sekutu bagi anak tersebut. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1840]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman