Sekiranya salah seorang kamu masuk ke rumah saudaranya lalu dia hendak berbuka puasa

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا دخل أحدكم على أخيه فأراد أن يفطر فليفطر إلا أن يكون صومه ذلك رمضان، أو قضاء رمضان، أو نذرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang kamu masuk ke rumah saudaranya lalu dia hendak berbuka puasa, maka berbukalah. Melainkan jika dia sedang berpuasa Ramadan, atau qada’ puasa, atau berpuasa nazar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis nombor 1025. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا دخل أحدكم على أخيه فأراد أن يفطر فليفطر إلا أن يكون صومه ذلك رمضان، أو قضاء رمضان، أو نذرا)). [أبو الحسين الكلابي في ((حديثه))، ((الضعيفة)) (2560)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang kamu masuk ke rumah saudaranya lalu dia hendak berbuka puasa, maka berbukalah. Melainkan jika dia sedang berpuasa Ramadan, atau qada’ puasa, atau berpuasa nazar.
[Riwayat Abu al-Husain al-Kullabiy dalam Hadith beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2560]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.