Daif Dengan Tambahan: (Ketakutan)

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya salah seorang kamu masuk ke rumah saudara muslimnya

Teks Bahasa Arab

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ عَلَى أَخِيهِ الْمُسْلِمِ، فَأَطْعَمَهُ؛ فَلْيَأْكُلْ مِنْ طَعَامِهِ، وَلَا يَسْأَلْهُ عنه، وَإِنْ سَقَاهُ شَرَاباً، فَلْيَشْرَبْ مِنْ شَرَابِهِ، وَلَا يَسْأَلْهُ عَنْهُ، فَإِنْ خَشِىَ مِنْهُ؛ فَلْيَكْسِرْهُ بِالْمَاءِ.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya salah seorang kamu masuk ke rumah saudara muslimnya, lalu saudaranya itu menghidangkan makanan kepadanya, maka hendaklah dia memakan makanan tersebut dan janganlah dia bertanyakan tentangnya (iaitu daripada mana sumber makanan ini adakah halal atau sebaliknya). Sekiranya saudaranya itu memberi minuman kepadanya, maka hendaklah dia minum dan janganlah dia bertanya tentangnya (kepada saudaranya itu). Sekiranya dia berasa takut kepada saudaranya itu, maka tambahkanlah air padanya (untuk hilangkan kemabukan pada air).

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif Dengan Tambahan: (Ketakutan)

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 231, hadis no. 1224. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بزيادة: (الخشية)) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إذا دخل أحدكم على أخيه المسلم، فأطعمه؛ فليأكل من طعامه، ولا يسأله عنه، وإن سقاه شرابا، فليشرب من شرابه، ولا يسأله عنه، فإن خشى منه؛ فليكسره بالماء)). [ابن الجعد في ((مسنده))، قط، عد، ((الضعيفة)) (6321)]

(Daif Dengan Tambahan: (Ketakutan)) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang kamu masuk ke rumah saudara muslimnya, lalu saudaranya itu menghidangkan makanan kepadanya, maka hendaklah dia memakan makanan tersebut dan janganlah dia bertanyakan tentangnya (iaitu daripada mana sumber makanan ini adakah halal atau sebaliknya). Sekiranya saudaranya itu memberi minuman kepadanya, maka hendaklah dia minum dan janganlah dia bertanya tentangnya (kepada saudaranya itu). Sekiranya dia berasa takut kepada saudaranya itu, maka tambahkanlah air padanya (untuk hilangkan kemabukan pada air). [Riwayat Ibn al-Ja’d dalam Musnadnya, al-Daraqutni dalam Sunannya dan Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6321]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.