Sekiranya salah seorang kamu duduk kepada saudaranya, maka bertanyalah kepadanya dengan tujuan untuk menuntut ilmu

TEKS BAHASA ARAB

إذا قعد أحدكم إلى أخيه فليسأله تفقها، ولا يسأله تعنتا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang kamu duduk kepada saudaranya, maka bertanyalah kepadanya dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dan janganlah kamu bertanya kepadanya untuk menyulitkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis nombor 1034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا قعد أحدكم إلى أخيه فليسأله تفقها، ولا يسأله تعنتا)). [فر، ((الضعيفة)) (2665)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang kamu duduk kepada saudaranya, maka bertanyalah kepadanya dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dan janganlah kamu bertanya kepadanya untuk menyulitkan.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2665]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs