Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا قعدَ أحدُكم إلى أخيهِ فليسألْهُ تَفقُّهًا، ولا يسألهُ تعنُّتًا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya salah seorang kamu duduk kepada saudaranya, maka bertanyalah kepadanya dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dan janganlah kamu bertanya kepadanya untuk menyulitkan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1034. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا قعد أحدكم إلى أخيه فليسأله تفقها، ولا يسأله تعنتا)). [فر، ((الضعيفة)) (2665)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang kamu duduk kepada saudaranya, maka bertanyalah kepadanya dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Dan janganlah kamu bertanya kepadanya untuk menyulitkan. [Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2665]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman