Sekiranya salah seorang kamu bermimpi dengan sesuatu yang dia tidak sukai

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا رأى أحدكم رؤيا يكرهها، فليتفل عن يساره ثلاث مرات، ثم ليقل: اللهم إني أعوذ بك من عمل الشيطان، وسيئات الأحلام، فإنها لا تكون شيئا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang kamu bermimpi dengan sesuatu yang dia tidak sukai, maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali. Kemudian hendaklah dia berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada perbuatan syaitan serta mimpi yang buruk. Nescaya ia tidak akan berlaku walau sedikit pun.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis nombor 1028. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه -: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قال: ((إذا رأى أحدكم رؤيا يكرهها، فليتفل عن يساره ثلاث مرات، ثم ليقل: اللهم إني أعوذ بك من عمل الشيطان، وسيئات الأحلام، فإنها لا تكون شيئا)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (2557)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang kamu bermimpi dengan sesuatu yang dia tidak sukai, maka hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya sebanyak tiga kali. Kemudian hendaklah dia berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan dengan-Mu daripada perbuatan syaitan serta mimpi yang buruk. Nescaya ia tidak akan berlaku walau sedikit pun.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2557]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.