Sekiranya salah seorang daripada kamu menunaikan solat, janganlah dia mengetap-ngetap antara jari-jemarinya

TEKS BAHASA ARAB

إذا صلى أحدكم فلا يشبكن بين أصابعه، فإن التشبيك من الشيطان، فإن أحدكم لا يزال في صلاة ما دام في المسجد حتى يخرج منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang daripada kamu menunaikan solat, janganlah dia mengetap-ngetap antara jari-jemarinya. Kerana sesungguhnya perbuatan tersebut datangnya dari syaitan. Sesungguhnya seseorang itu tetap berada dalam solat selama mana dia berada di dalam masjid, sehinggalah dia keluar darinya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260 – 261, hadis nombor 1354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مولى لأبي سعيد الخدري: أنه كان مع أبي سعيد وهو مع رسول الله – صلى الله عليه وسلم -، قال: فدخل النبي – صلى الله عليه وسلم -، فلم يفطن، قال: فالتفت إلى أبي سعيد، فقال: ((إذا صلى أحدكم فلا يشبكن بين أصابعه، فإن التشبيك من الشيطان، فإن أحدكم لا يزال في صلاة ما دام في المسجد حتى يخرج منه)). [حم، ((الضعيفة)) (2628)]

(Lemah)
Daripada Maula Abi Sa’id al-Khudri, bahawa beliau bersama Abu Sa’id dan Rasulullah, beliau berkata: Ketika itu Nabi SAW masuk, namun dia tidak menyedari, dan berkata: Maka baginda berpaling kepada Abu Sa’id dan memberitahu: Sekiranya salah seorang daripada kamu menunaikan solat, janganlah dia mengetap-ngetap antara jari-jemarinya. Kerana sesungguhnya perbuatan tersebut datangnya dari syaitan. Sesungguhnya seseorang itu tetap berada dalam solat selama mana dia berada di dalam masjid, sehinggalah dia keluar darinya.
[Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2628]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs