Sekiranya salah seorang daripada kamu ingin menunaikan solat, hendaklah dia tunaikan solat tersebut seperti solat orang yang ingin berpisah (yang terakhir)

TEKS BAHASA ARAB

إذا صلى أحدكم فليصل صلاة مودع، صلاة من لا يظن أنه يرجع إليها أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang daripada kamu ingin menunaikan solat, hendaklah dia tunaikan solat tersebut seperti solat orang yang ingin berpisah (yang terakhir). Iaitu solat seseorang yang tidak merasakan bahawa dia akan kembali melakukannya untuk selamanya (disebabkan kematian).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis nombor 1353. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أم سلمة – رضي الله عنها – مرفوعا: ((إذا صلى أحدكم فليصل صلاة مودع، صلاة من لا يظن أنه يرجع إليها أبدا)). [فر، ((الضعيفة)) (2575)]

(Sangat lemah)
Daripada Ummu Salamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang daripada kamu ingin menunaikan solat, hendaklah dia tunaikan solat tersebut seperti solat orang yang ingin berpisah (yang terakhir). Iaitu solat seseorang yang tidak merasakan bahawa dia akan kembali melakukannya untuk selamanya (disebabkan kematian).
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2575]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs