TEKS BAHASA ARAB
إذا دعي أحدكم إلى طعام فلا يستقبض ولده ولا أحدا؛ قريبا ولا بعيدا؛ فإنه إن فعل كان بمنزلة من سرق.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya salah seorang daripada kamu dijemput untuk menjamu hidangan, janganlah dia membawa bersama anaknya dan juga sesiapa pun, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Ini kerana sekiranya dia melakukan sedemikian, dia sama kedudukannya dengan seorang pencuri.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 202, hadis nombor 1057. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا دعي أحدكم إلى طعام فلا يستقبض ولده ولا أحدا؛ قريبا ولا بعيدا؛ فإنه إن فعل كان بمنزلة من سرق)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (2382)]
(Palsu)
Daripada Anas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang daripada kamu dijemput untuk menjamu hidangan, janganlah dia membawa bersama anaknya dan juga sesiapa pun, sama ada yang dekat mahupun yang jauh. Ini kerana sekiranya dia melakukan sedemikian, dia sama kedudukannya dengan seorang pencuri.
[Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2482]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.