TEKS BAHASA ARAB
إذا حرم أحدكم الزوجة والولد فعليه بالجهاد.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya salah seorang daripada kalian tidak direzekikan untuk memiliki isteri dan zuriat, maka hendaklah dia berjihad.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1026-1027, hadis nombor 5271. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن حاطب قال: قال النبي: إذا حرم أحدكم الزوجة والولد فعليه بالجهاد. [طب، الضعيفة (٦٩٨٦)]
[Lemah] Daripada Muhammad bin Hatib : Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang daripada kalian tidak direzekikan untuk memiliki isteri dan zuriat, maka hendaklah dia berjihad. [Riwayat al-Tabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah (6987)]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.