Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya salah seorang daripada kalian mahu menyetubuhi isterinya ataupun hambanya

Teks Bahasa Arab

إذا جَامَعَ أحدُكُم؛ زوجَتَه أو جارِيَتَهُ؛ فلا يَنْظُرْ إلى فَرْجِها، فإنَّ ذلك يورِثُ العَمَى.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya salah seorang daripada kalian mahu menyetubuhi isterinya ataupun hambanya, maka janganlah dia melihat kepada kemaluan pasangannya. Kerana sesungguhnya perbuatan tersebut akan mewariskan penyakit buta.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 911, hadis no. 4657. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما- مرفوعًا: إذا جامع أحدكم؛ زوجته أو جاريته؛ فلا ينظر إلى فرجها، فإن ذلك يورث العمى. [عد، ابن الجوزي، الضعيفة(195)].

(Palsu) Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang daripada kalian mahu menyetubuhi isterinya ataupun hambanya, maka janganlah dia melihat kepada kemaluan pasangannya. Kerana sesungguhnya perbuatan tersebut akan mewariskan penyakit buta. [Riwayat Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Du’afa, Ibn al-Jawzi dalam al-Mawdu’at. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 195].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.