Sekiranya salah seorang daripada kalian berasa takut akan penguasa

TEKS BAHASA ARAB

إذا تخوف أحدكم السلطان فليقل: اللهم رب السماوات السبع، ورب العرش العظيم، كن لي جارا من شر فلان ومن شر الإنس والجن وأتباعهم أن يفرط علي أحد منهم، عز جارك، وجل ثناؤك، ولا إله غيرك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang daripada kalian berasa takut akan penguasa, maka katakanlah: Wahai Allah tuhan langit yang tujuh dan tuhan pemilik Arasy yang agung, jadilah bagiku pelindung daripada kejahatan si fulan, dan daripada kejahatan manusia, jin serta pengikut mereka yang salah seorang daripada mereka melampaui batas ke atasku, adalah mulia perlindungan-Mu, agung pujian-Mu, dan tiada tuhan selain-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 829, hadis nombor 4258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا تخوف أحدكم السلطان، فليقل: اللهم رب السماوات السبع ورب العرش العظيم، كن لي جارا من شر فلان، ومن شر الإنس والجن وأتباعهم أن يفرط عليّ أحد منهم، عز جارك، وجل ثناؤك، ولا إله غيرك)).
[طب، عبد الغني المقدسي في ((السنن))، ((الضعيفة)) (2400)]

(Lemah) Daripada Ibn Mas‘ūd RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang daripada kalian berasa takut akan penguasa, maka katakanlah: Wahai Allah tuhan langit yang tujuh dan tuhan pemilik Arasy yang agung, jadilah bagiku pelindung daripada kejahatan si fulan, dan daripada kejahatan manusia, jin serta pengikut mereka yang salah seorang daripada mereka melampaui batas ke atasku, adalah mulia perlindungan-Mu, agung pujian-Mu, dan tiada tuhan selain-Mu.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abd al-Ghanī al-Maqdisī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2400]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs