Sekiranya salah seorang dari kamu menemui kutu di dalam masjid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا وجد أحدكم القملة في المسجد فليدفنها أو ليمطها عنه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang dari kamu menemui kutu di dalam masjid, maka tanamlah atau buangkanlah ia keluar daripada masjid.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 263, hadis nombor 1368. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا وجد أحدكم القملة في المسجد فليدفنها أو ليمطها عنه)). [البزار، طس، ((الضعيفة)) (2717)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang dari kamu menemui kutu di dalam masjid, maka tanamlah atau buangkanlah ia keluar daripada masjid.
[Riwayat al-Bazzar dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2717]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.