Sekiranya salah seorang dari kamu berdarah hidungnya semasa sedang menunaikan solat

TEKS BAHASA ARAB

إذا رعف أحدكم في صلاته؛ فلينصرف فليغسل عنه الدم ثم ليعد وضوءه وليستقبل صلاته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang dari kamu berdarah hidungnya semasa sedang menunaikan solat, hendaklah dia keluar dan membasuh darah dari hidungnya itu. Kemudian hendaklah dia mengulangi wuduknya serta menumpukan semula kepada solatnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis nombor 1343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا رعف أحدكم في صلاته؛ فلينصرف فليغسل الدم ثم ليعد وضوءه وليستقبل صلاته)). [عد، طب، قط، ((الضعيفة)) (2531)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang dari kamu berdarah hidungnya semasa sedang menunaikan solat, hendaklah dia keluar dan membasuh darah dari hidungnya itu. Kemudian hendaklah dia mengulangi wuduknya serta menumpukan semula kepada solatnya.
[Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2531]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs