Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا رَعَف أحدُكم في صلاتِه؛ فَلْيَنْصَرِفْ فَلْيَغْسِلْ عنه الدَّمَ ثم لِيُعِدْ وُضوءَه ولْيَسْتَقْبِلْ صلاتَه.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya salah seorang dari kamu berdarah hidungnya semasa sedang menunaikan solat, hendaklah dia keluar dan membasuh darah dari hidungnya itu. Kemudian hendaklah dia mengulangi wuduknya serta menumpukan semula kepada solatnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 259, hadis no. 1343. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا رعف أحدكم في صلاته؛ فلينصرف فليغسل. الدم ثم ليعد وضوءة وليستقبل صلاته)). [عد، طب، قط، ((الضعيفة)) (2531)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya salah seorang dari kamu berdarah hidungnya semasa sedang menunaikan solat, hendaklah dia keluar dan membasuh darah dari hidungnya itu. Kemudian hendaklah dia mengulangi wuduknya serta menumpukan semula kepada solatnya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2531]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman