Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian duduk di sisi orang yang sedang nazak

TEKS BAHASA ARAB

إذا جلس أحدكم عند محتضر، فلا يلح عليه بالشهادة، فإنه يقولها بلسانه، ويومئ بيده، أو بطرفه، أو بقلبه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian duduk di sisi orang yang sedang nazak, maka janganlah dia menekan ke atasnya untuk mengucapkan syahadah kerana sesungguhnya dia boleh untuk mengucapkannya dengan lidahnya atau mengisyaratkan dengan tangannya atau dengan matanya atau dengan hatinya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1773, hadis nombor 8929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا جلس أحدكم عند محتضر، فلا يلح عليه بالشهادة، فإنه يقولها بلسانه، ويومئ بيده، أو بطرفه، أو بقلبه)). [فر، ((الضعيفة)) (6972)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian duduk di sisi orang yang sedang nazak, maka janganlah dia menekan ke atasnya untuk mengucapkan syahadah kerana sesungguhnya dia boleh untuk mengucapkannya dengan lidahnya atau mengisyaratkan dengan tangannya atau dengan matanya atau dengan hatinya.
[Riwayat al-Dailamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6972]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs