Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian bimbang terlupa akan al-Quran

TEKS BAHASA ARAB

إذا خشي أحدكم نسيان القرآن؛ فليقل: اللهم! ارحمني بترك المعاصي أبدا ما أبقيتني، وارحمني بترك ما لا يعنيني، وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني، وألزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني، ونور به بصري، واشرح به صدري، واجعلني أتلوه على ما يرضيك عني، وأفرج به عن قلبي، وأطلق به لساني، واستعمل به بدني، ونور به قلبي، ولا حول ولا قوة إلا بالله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian bimbang terlupa akan al-Quran, maka sebutlah: Ya Allah! Rahmatilah aku dengan meninggalkan maksiat buat selamanya selama Engkau masih hidupkanku. Rahmatilah aku dengan meninggalkan apa yang tidak penting buatku, rezekikanlah aku kebaikan penglihatan pada perkara yang Engkau reda untukku, lazimilah hatiku dengan menghafal kitab-Mu sebagaimana Engkau ajarkan kepadaku, terangilah penglihatanku dengannya, lapangkanlah dadaku dengannya, jadikanlah aku membacanya di atas apa yang Engkau reda akanku, bukakanlah dengannya hatiku, gerakkanlah dengannya lidahku, gunakanlah dengannya badanku, terangkan dengannya hatiku dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1546, hadis nombor 7849. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي الدرداء -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إذا خشي أحدكم نسيان القرآن؛ فليقل: اللهم! ارحمني بترك المعاصي أبدا ما أبقيتني، وارحمني بترك ما لا يعنيني، وارزقني حسن النظر فيما يرضيك عني، وألزم قلبي حفظ كتابك كما علمتني، ونور به بصري، واشرح به صدري، واجعلني أتلوه على ما يرضيك عني، وأفرج به عن قلبي، وأطلق به لساني، واستعمل به بدني، ونور به قلبي، ولا حول ولا قوة إلا بالله)). [ابن عساكر في ((جزء أخبار لحفظ القرآن))، الضياء في ((المنتقى من مسموعاته بمرو))، ((الضعيفة)) (6077)]

(Munkar)
Daripada Abū al-Dardā’ RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya salah seorang dalam kalangan kalian bimbang terlupa akan al-Quran, maka sebutlah: Ya Allah! Rahmatilah aku dengan meninggalkan maksiat buat selamanya selama Engkau masih hidupkanku. Rahmatilah aku dengan meninggalkan apa yang tidak penting buatku, rezekikanlah aku kebaikan penglihatan pada perkara yang Engkau reda untukku, lazimilah hatiku dengan menghafal kitab-Mu sebagaimana Engkau ajarkan kepadaku, terangilah penglihatanku dengannya, lapangkanlah dadaku dengannya, jadikanlah aku membacanya di atas apa yang Engkau reda akanku, bukakanlah dengannya hatiku, gerakkanlah dengannya lidahku, gunakanlah dengannya badanku, terangkan dengannya hatiku dan tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Juz Akhbār li Ḥifdh al-Qurān, al-Ḍiyā’ dalam al-Muntaqā min Masmū‘ātihi bi Marw. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6077]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs