Batil dengan Tambahan: Syair yang kamu lagukan
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لأن يَمتَلِىءَ جوفُ أحدِكُم قيحًا، خيرٌ له مِنْ أَنْ يمتلىءَ شعرًا هجيتَ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya rongga salah seorang kamu dipenuhi dengan nanah, itu lebih baik daripada dipenuhi oleh syair yang kamu lagukan.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil dengan Tambahan: Syair yang kamu lagukan
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 182, hadis no. 929. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل بزيادة هجيت به) عن جابر بن عبدالله - رضي الله عنهما - عن النبي - صلى الله عليه وسلم -: ((لأن يمتلىء جوف أحدكم قيحا، خير له من أن يمتلىء شعرا هجيت به)). [عق، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1111)]
(Batil dengan Tambahan: Syair yang kamu lagukan) Daripada Jabir bin ‘Abdullah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sekiranya rongga salah seorang kamu dipenuhi dengan nanah, itu lebih baik daripada dipenuhi oleh syair yang kamu lagukan. [Riwayat al-'Uqayli dalam al-Du’afa’ al-Kabir dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1111]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman