TEKS BAHASA ARAB
إن لم تكن العلماء أولياء، فليس لله ولي.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sekiranya para ulama itu bukan para wali, maka Allah tidak mempunyai seorang wali pun.
STATUS
Bukan hadis
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 24, hadis nombor 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث. وإنما قال الشافعي: إن لم تكن الفقهاء أولياء الله في الآخرة، فما لله ولي. ويروى نحوه عن أبي حنيفة -رضي الله تعالى عنهما-.
Ia bukan hadith. Hanyalah al-Syafie berkata: "Jika bukan para fuqaha adalah wali-wali Allah di Akhirat, maka Allah tidak mempunyai seorang wali pun". Telah diriwayatkan seumpamanya daripada Abu Hanifah RA.
RUJUKAN
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.