Bukan hadis
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن لم تكن العلماء أولياء، فليس لله ولي.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya para ulama itu bukan para wali, maka Allah tidak mempunyai seorang wali pun.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)
Status
Bukan hadis
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 24, hadis no. 70. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس بحديث. وإنما قال الشافعي: إن لم تكن الفقهاء أولياء الله في الآخرة، فما لله ولي. ويروى نحوه عن أبي حنيفة -رضي الله تعالى عنهما-.
Ia bukan hadith. Hanyalah al-Syafie berkata: "Jika bukan para fuqaha adalah wali-wali Allah di Akhirat, maka Allah tidak mempunyai seorang wali pun". Telah diriwayatkan seumpamanya daripada Abu Hanifah RA.
Rujukan
Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.
Makluman