Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang solat itu mengetahui apa yang dikenakan ke atasnya

TEKS BAHASA ARAB

لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه، كان لأن يقوم أربعين خريفا خير له من أن يقوم بين يديه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang solat itu mengetahui apa yang dikenakan ke atasnya, nescaya berdiri selama empat puluh musim luruh itu lebih baik baginya berbanding dia berdiri di hadapan orang itu.

STATUS

Shadz dengan sebutan "musim luruh"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 375-376, hadis nombor 1991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ بلفظ: «خريف») عن بسر بن سعيد، قال: أرسلني أبو جُهيم إلى زيد بن خالد أسأله عن المار بين يدي المصلي؟ فقال: سمعت رسول الله ﷺ يقول: «لو يعلم المار بين يدي المصلي ماذا عليه، كان لأن يقوم أربعين خريفا خير له من أن يقوم بين يديه». [البزار، «الضعيفة» (6911)].

(Shadz Dengan Sebutan "musim luruh") Daripada Busr bin Sa’id, beliau berkata: Abu Juhaym telah mengutuskan aku kepada Zayd bin Khalid untuk bertanyakan tentang orang yang melintas di hadapan orang yang sedang menunaikan solat? Maka beliau menjawab: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang solat itu mengetahui apa yang dikenakan ke atasnya, nescaya berdiri selama empat puluh musim luruh itu lebih baik baginya berbanding dia berdiri di hadapan orang itu". [Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6911].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs