Sekiranya orang-orang Islam membenci para ulama mereka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا أبغض المسلمون علماءهم، وفي رواية: قراءهم، وأظهروا عمارة أسواقهم، وتناكحوا والرواية الأخرى: وتالبوا على جمع الدراهم، رماهم الله عز وجل بأربع خصال: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة وفي الرواية: والشوكة من العدو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya orang-orang Islam membenci para ulama mereka (dalam riwayat yang lain: Para pembaca al-Quran mereka), mereka memamerkan gedung pasar-pasar mereka, dan mereka saling menjalinkan pernikahan (dalam riwayat yang lain: Mereka saling merencanakan) atas tujuan mengumpulkan wang, Allah ‘Azza Wa Jalla akan menimpakan kepada mereka empat perkara: Musim kemarau yang berpanjangan, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada para penjaga hukum dan serangan (dalam riwayat yang lain: Kekerasan) daripada musuh.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2064, hadis nombor 10369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أبغض المسلمون علماءهم، (وفي رواية: قرّاءهم)، وأظهروا عِمارة أسواقِهم، وتناكحوا (والرواية الأخرى: وتآلبوا) على جمع الدراهم؛ رماهم الله -عز وجل- بأربع خصالٍ: بالقحط من الزمان، والجور من السلطان، والخيانة من ولاة الأحكام، والصولة (وفي الرواية: والشوكة) من العدو.
[ك، فر، ((الضعيفة)) (6609)]

(Munkar)
Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya orang-orang Islam membenci para ulama mereka (dalam riwayat yang lain: Para pembaca al-Quran mereka), mereka memamerkan gedung pasar-pasar mereka, dan mereka saling menjalinkan pernikahan (dalam riwayat yang lain: Mereka saling merencanakan) atas tujuan mengumpulkan wang, Allah ‘Azza Wa Jalla akan menimpakan kepada mereka empat perkara: Musim kemarau yang berpanjangan, kezaliman daripada pemerintah, pengkhianatan daripada para penjaga hukum dan serangan (dalam riwayat yang lain: Kekerasan) daripada musuh.
[Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6609]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.