Sekiranya mereka melebihkan hidangan dunia atas agama mereka

TEKS BAHASA ARAB

لا إله إلا الله تمنع العباد من سخط الله ؛ ما لم يؤثروا صفقة دنياهم على دينهم ، فإذا آثروا صفقة دنياهم على دينهم ، ثم قالوا : لا إله إلا الله ؛ قال الله : كذبتم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah menahan hamba daripada kemurkaan Allah; selagi mereka tidak melebihkan hidangan dunia atas agama mereka. Maka sekiranya mereka melebihkan hidangan dunia atas agama mereka, kemudian mereka berkata: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah; Allah berkata, kalian berdusta.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 555, hadis nombor 2888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا إله إلا الله تمنع العباد من سخط الله؛ ما لم يؤثروا صفقة دنياهم على دينهم، فإذا آثروا صفقة دنياهم، ثم قالوا: لا إله إلا الله؛ قال الله: كذبتم)).
[هب، ((الضعيفة)) (6301)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah menahan hamba daripada kemurkaan Allah; selagi mereka tidak melebihkan hidangan dunia atas agama mereka. Maka sekiranya mereka melebihkan hidangan dunia atas agama mereka, kemudian mereka berkata: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah; Allah berkata, kalian berdusta.”
[Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Shu‘ab al-Iman. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6301]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.