Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا إله إلَّا اللهُ تمنعُ العبادَ من سخطِ اللهِ ؛ ما لم يُؤثروا صفقةَ دنياهم على دِينِهم ، فإذا آثَرُوا صفقةَ دنياهم على دِينِهم ، ثم قالوا : لا إلهَ إلَّا اللهُ ؛ قال اللهُ : كذبتُم.
Teks Bahasa Melayu
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah menahan hamba daripada kemurkaan Allah; selagi mereka tidak melebihkan hidangan dunia atas agama mereka. Maka sekiranya mereka melebihkan hidangan dunia atas agama mereka, kemudian mereka berkata: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah; Allah berkata, kalian berdusta.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 555, hadis no. 2888.
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا إله إلا الله تمنع العباد من سخط الله؛ ما لم يؤثروا صفقة دنياهم على دينهم، فإذا آثروا صفقة دنياهم، ثم قالوا: لا إله إلا الله؛ قال الله: كذبتم)). [هب، ((الضعيفة)) (6301)]
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah menahan hamba daripada kemurkaan Allah; selagi mereka tidak melebihkan hidangan dunia atas agama mereka. Maka sekiranya mereka melebihkan hidangan dunia atas agama mereka, kemudian mereka berkata: Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah; Allah berkata, kalian berdusta.” [Riwayat al-Baihaqi dalam kitab Shu‘ab al-Iman. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6301]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman