Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya manusia mengetahui kelebihan halba

Teks Bahasa Arab

حديث: لو يعلم الناس ما لهم في الحلبة لاشتروها بوزنها ذهبا.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sekiranya manusia mengetahui kelebihan halba, nescaya mereka membelinya dengan timbangan emas.

Sahabat Perawi

  1. Aisyah RA
  2. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 164-165, hadis no. 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن معاذ مرفوعا. وأخرج نحوه: ابن السني عنه ورواه ابن عدي أيضا عن عائشة مرفوعا. وفي أسانيده: من يضع ومن هو متروك ومن لا تقوم به حجة.

Ibn ‘Adi meriwayatkan daripada Mu‘az secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn Sunni turut meriwayatkan seperti, Ibn Adi daripada Muaz dan Ibn ‘Adi meriwayatkan juga daripada Aisyah RA secara marfu‘ (yang disandarkan kepada Nabi SAW). Di dalam sanad-sanadnya, terdapat perawi yang sering mereka hadith, perawi yang matruk (terlalu daif) dan perawi yang riwayatnya tidak dijadikan hujah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.