Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya keseluruhan dunia ini menjadi sebiji telur lalu dimakan oleh orang Muslim

Teks Bahasa Arab

لَو أنَّ الدُّنيا كلَّها بَيضةٌ واحدةٌ فأكلَها المسلمُ أو قال : حَساها ، ثمَّ قال : ( الحمدُ للهِ ) كان ( الحمدُ للهِ ) أفضلَ مِن ذلكَ.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya keseluruhan dunia ini menjadi sebiji telur, lalu seseorang muslim memakannya - atau dikatakan: merasakannya-, kemudian dia mengucapkan: (Segala puji bagi Allah), pastilah ucapan (Segala puji bagi Allah) itu lebih utama berbanding dunia itu.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1409, hadis no. 7150. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: لو أن الدنيا كلها بيضة واحدة فأكلها المسلم أو قال: حساها، ثم قال: (الحمد لله)، كان (الحمد لله) أفضل من ذلك. [السراج القارئ في ((منتجب الفوائد))، ((الضعيفة)) (876)]

(Lemah) Daripada Jabir RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya keseluruhan dunia ini menjadi sebiji telur, lalu seseorang muslim memakannya - atau dikatakan: merasakannya-, kemudian dia mengucapkan: (Segala puji bagi Allah), pastilah ucapan (Segala puji bagi Allah) itu lebih utama berbanding dunia itu. [Riwayat al-Sarraj al-Qari' dalam Muntakhab al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 876]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.