Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya kamu telah selesai mendirikan solat Subuh, bersegeralah untuk berdoa

Teks Bahasa Arab

إذا صليتم الصبحَ فافزَعوا إلى الدعاءِ، وباكِرُوا في طَلَبِ الحوائجِ، اللهم بارِكْ لِأُمَّتِي في بُكُورِها.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya kamu telah selesai mendirikan solat Subuh, bersegeralah untuk berdoa. Dan carilah segala hajat keperluan pada waktu pagi. Ya Allah, Kau berkatilah umatku ini pada waktu pagi mereka.

Sahabat Perawi

  1. Ali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 261, hadis no. 1355. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا صليتم الصبح فافزعوا إلى الدعاء، وباكروا في طلب الحوائج، اللهم بارك لأمتي في بكورها)). [ابن عساكر، خط، ((الضعيفة)) (2630)]

(Terlalu Daif) Daripada ‘A’ishah dan Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Hendaklah yang menjadi imam kepada suatu kaum adalah orang yang paling baik bacaan al-Qurannya. Sekiranya bacaan al-Quran mereka sama, maka yang paling utama (untuk menjadi imam) adalah yang paling faqih (faham dan tahu) tentang agama Allah. Sekiranya kefaqihan mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling tua umurnya. Sekiranya umur mereka sama, maka yang paling berhak (untuk menjadi imam) adalah yang paling berseri dan baik paras rupanya dari kalangan mereka. Sekiranya mereka sama pada keserian dan keindahan (paras rupa) - aku merasakan bahawa dia menyebut: Maka yang utama adalah yang paling besar kedudukannya. [Riwayat al-Kalabazi dalam Miftah al-Ma‘ani. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1990]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.