Sekiranya kamu suka untuk solat kamu diterima

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن سركم أن تقبل صلاتكم، فليؤمكم خياركم، فإنهم وفدكم فيما بينكم، وبين ربكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu suka untuk solat kamu diterima, maka hendaklah golongan yang terbaik dari kalangan kamu yang menjadi imam solat bagi kamu. Sesungguhnya mereka merupakan wakil rombongan di antara kamu dengan Tuhan kamu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis nombor 1294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مرثد ابن أبي مرثد الغنوي – رضي ا الله عنه -، قال: قال رسول اللہ – صلى الله عليه وسلم -: ((إن سركم أن تقبل صلاتكم، فليؤمكم خياركم، فإنهم وفدكم فيها بينكم، وبين ربكم)). [قط، ك، ابن منده ((الضعيفة)) (1823)]

(Lemah)
Daripada Martsad Ibn Abi Martsad al-Ghanawi RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu suka untuk solat kamu diterima, maka hendaklah golongan yang terbaik dari kalangan kamu yang menjadi imam solat bagi kamu. Sesungguhnya mereka merupakan wakil rombongan di antara kamu dengan Tuhan kamu.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau, al-Hakim dalam Mustadrak beliau dan Ibn Mandah. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1823]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.