Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن سَرَّكُم أن تُقْبَلَ صلاتُكم، فَلْيَؤُمَّكم خِيارُكم، فإنهم وَفْدُكم فيما بينكم، وبين ربِّكم.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu suka untuk solat kamu diterima, maka hendaklah golongan yang terbaik dari kalangan kamu yang menjadi imam solat bagi kamu. Sesungguhnya mereka merupakan wakil rombongan di antara kamu dengan tuhan kamu.
Sahabat Perawi
- Martsad Ibn Abi Martsad al-Ghanawi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 249, hadis no. 1294. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مرثد ابن أبي مرثد الغنوي -رضي ا الله عنه -، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «إن سركم أن تقبل صلاتكم، فليؤمكم خياركم، فإنهم وفدكم فيها بينكم، وبين ربكم». [قط، ك، ابن منده «الضعيفة» (1823)].
(Daif) Daripada Martsad Ibn Abi Martsad al-Ghanawi―raḍiyallāhu ‘anhu― beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: Sekiranya kamu suka untuk solat kamu diterima, maka hendaklah golongan yang terbaik dari kalangan kamu yang menjadi imam solat bagi kamu. Sesungguhnya mereka merupakan wakil rombongan di antara kamu dengan tuhan kamu. [Sunan al-Daraqutni, Mustadrak al-Hakim, Ibn Mandah, al-Dha‘īfah; no. 1823].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman