Sekiranya kamu solat duha dua rakaat nescaya kamu tidak akan ditulis dalam kalangan orang yang lalai

TEKS BAHASA ARAB

إن صليت الضحى ركعتين؛ لم تكتب من الغافلين. 2 – وإن صليت أربعا؛ كنت من العابدين. 3 – وإن صليت ستا؛ لم يلحقك [يومئذ] ذنب. 4 – وإن صليت ثمانيا؛ كتبت من القانتين. 5 – وإن صليت اثنتي عشرة ركعة؛ بني لك بيت في الجنة. 6 – وما من يوم، ولا ليلة، ولا ساعة؛ إلا ولله فيها صدقة يمن بها على من يشاء من عباده، وما من على عبد بمثل أن يلهمه ذكره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu solat duha dua rakaat nescaya kamu tidak akan ditulis dalam kalangan orang yang lalai; 2 – Sekiranya kamu solat empat rakaat nescaya kamu ditulis dalam kalangan ahli ibadat; 3 – Sekiranya kamu solat enam rakaat nescaya dosa tidak akan menyusul kepadamu (pada hari itu); 4 – Sekiranya kamu solat lapan rakaat nescaya kamu akan ditulis dalam kalangan orang yang taat; 5 – Sekiranya kamu solat dua belas rakaat nescaya akan dibina bagimu sebuah rumah di syurga; 6 – Tidak juga ada suatu hari, atau malam, atau saat waktu, melainkan Allah ada memberi kurnia-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tidak pula ada kurnia bagi seorang hamba yang semisal dengan Dia mengilhamkan buatnya ingatan kepada-Nya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 335, hadis nombor 1759. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عَنِ ابْنِ عُمَرَ – رضي الله عنهما -، قال: قُلْتُ لِأَبِي ذَرٍّ: يَا عَمَّاهُ أَوْصِنِي، قَالَ: سَأَلْتَنِي عَمَّا سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ، فَقَالَ: ((إِنْ صَلَّيْتَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ؛ لَمْ تُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِينَ. 2 – وَإِنْ صَلَّيْتَ أَرْبَعًا؛ كُنْتَ مِنَ الْعَابِدِينَ. 3 – وَإِنْ صَلَّيْتَ سِتًّا؛ لَمْ يَلْحَقْكَ [يومئذٍ] ذَنْبٌ. 4 – وَإِنْ صَلَّيْتَ ثَمَانِيًا؛ كُتِبْتَ مِنَ الْقَانِتِينَ. 5 – وَإِنْ صَلَّيْتَ اثِنْتَيْ عَشْرَةَ ركعةً؛ بُنِيَ لَكَ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ. 6 – وَمَا مِنْ يَوْمٍ، وَلَا لَيْلَةٍ، وَلَا سَاعَةٍ؛ إِلَّا وَلِلَّهِ فِيهَا صَدَقَةٌ يَمُنُّ بِهَا عَلَى مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ، وَمَا مَنَّ عَلَى عَبْدٍ بِمِثْلِ أَنْ يُلْهِمَهُ ذِكْرَهُ)). [البزار، ابن حبان في ((الضعفاء))، الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6435)].

(Munkar) Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata: Aku telah berkata kepada Abu Dzarr: “Wahai pak cik, titipkanlah pesanan buatku.” Abu Dhar berkata: “Kamu telah meminta kepadaku perkara yang telah aku pinta daripada Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: “Sekiranya kamu solat duha dua rakaat nescaya kamu tidak akan ditulis dalam kalangan orang yang lalai; 2 – Sekiranya kamu solat empat rakaat nescaya kamu ditulis dalam kalangan ahli ibadat; 3 – Sekiranya kamu solat enam rakaat nescaya dosa tidak akan menyusul kepadamu (pada hari itu); 4 – Sekiranya kamu solat lapan rakaat nescaya kamu akan ditulis dalam kalangan orang yang taat; 5 – Sekiranya kamu solat dua belas rakaat nescaya akan dibina bagimu sebuah rumah di syurga; 6 – Tidak juga ada suatu hari, atau malam, atau saat waktu, melainkan Allah ada memberi kurnia-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tidak pula ada kurnia bagi seorang hamba yang semisal dengan Dia mengilhamkan buatnya ingatan kepada-Nya.” [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Du'afa', dan al-Asbahani dalam al-Targhib wal-Tarhib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6435].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.