Sekiranya kamu nekad hendak membunuh Rasulullah SAW, pasti Allah SWT tidak akan membenarkannya

TEKS BAHASA ARAB

لم ترع، لم ترع، ولو أردت ذلك؛ لم يسلطك الله علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Kamu tidak ditakuti, kamu tidak ditakuti, sekiranya kamu nekad hendak melakukannya juga, pasti Allah SWT tidak akan membenarkan kamu membunuhku.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 80, hadis nombor 396. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جعدة – رضي الله عنه -، قال: أُتِيَ النبي – صلى الله عليه وسلم – برجل، فقالوا: هذا أراد أن يقتلك، فقال له النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((لم ترع، لم ترع، ولو أردت ذلك؛ لم يسلطك الله علي)). [حم، ((الضعيفة)) (4335)].

(Lemah)
Daripada Ja’dah RA beliau berkata: Seorang lelaki telah dibawa berjumpa Nabi SAW lalu mereka berkata: “Orang ini mahu membunuhmu”. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya: “Kamu tidak ditakuti, kamu tidak ditakuti, sekiranya kamu nekad hendak melakukannya juga, pasti Allah SWT tidak akan membenarkan kamu membunuhku”.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no.4335].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs