Sekiranya kamu mendoakan salah seorang daripada golongan Yahudi dan Nasrani

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا دعوتم لأحد من اليهود والنصارى فقولوا: أكثر الله مالك وولدك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu mendoakan salah seorang daripada golongan Yahudi dan Nasrani, ucapkanlah: Semoga Allah membanyakkan harta serta anak kamu.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis nombor 1027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا دعوتم لأحد من اليهود والنصارى فقولوا: أكثر الله مالك وولدك)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2559)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu mendoakan salah seorang daripada golongan Yahudi dan Nasrani, ucapkanlah: Semoga Allah membanyakkan harta serta anak kamu.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2559]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.