Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا دَعوتُمْ لأَحدٍ منَ اليَهودِ والنَّصارى فَقولوا: أكثرَ اللَّهُ مالَكَ وولدَكَ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu mendoakan salah seorang daripada golongan Yahudi dan Nasrani, ucapkanlah: Semoga Allah membanyakkan harta serta anak kamu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 198, hadis no. 1027. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عبد الله بن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا دعوتم لأحد من اليهود والنصارى فقولوا: أكثر الله مالك وولدك)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، عد، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (2559)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu mendoakan salah seorang daripada golongan Yahudi dan Nasrani, ucapkanlah: Semoga Allah membanyakkan harta serta anak kamu. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Du’afa’, Ibn 'Adi dalam al-Kamil Fi al-Du’afa’, Abu Nu’aym dalam Akhbar Asbahan, al-Daylami dalam Musnad Al-Firdaws dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2559]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman