Sekiranya kamu mendengar muazzin melaungkan azan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu mendengar muazzin melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah, bukakanlah kunci-kunci jantung hati kami ini untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah ke atas kami nikmat dan kurniaan-Mu, serta jadikanlah kami ini dari kalangan hamba-Mu yang soleh di atas nikmat dan kurniaan-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis nombor 1352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين)). [ابن حبان في ((الثقات))، ابن السني، فر، ((الضعيفة)) (2570)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu mendengar muazzin melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah, bukakanlah kunci-kunci jantung hati kami ini untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah ke atas kami nikmat dan kurniaan-Mu, serta jadikanlah kami ini dari kalangan hamba-Mu yang soleh di atas nikmat dan kurniaan-Mu.
[Riwayat Ibn Hibban dalam al-Tsiqat, Ibn al-Sunni dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2570]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.