Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu mendengar muazzin melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah, bukakanlah kunci-kunci jantung hati kami ini untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah ke atas kami nikmat dan kurniaan-Mu, serta jadikanlah kami ini dari kalangan hamba-Mu yang soleh di atas nikmat dan kurniaan-Mu.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 260, hadis no. 1352. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا سمعتم المؤذن أذن فقولوا: اللهم افتح أقفال قلوبنا لذكرك، وأتمم علينا نعمتك وفضلك، واجعلنا عليها من عبادك الصالحين)). [ابن حبان في ((الثقات))، ابن السني، فر، ((الضعيفة)) (2570)]
(Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu mendengar muazzin melaungkan azan, maka ucapkanlah: Ya Allah, bukakanlah kunci-kunci jantung hati kami ini untuk mengingati-Mu, sempurnakanlah ke atas kami nikmat dan kurniaan-Mu, serta jadikanlah kami ini dari kalangan hamba-Mu yang soleh di atas nikmat dan kurniaan-Mu. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Tsiqat, Ibn al-Sunni dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2570]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman