Sekiranya kamu menamakan anak kamu dengan nama Muhammad

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه، وأوسعوا له في المجلس، ولا تقبحوا له وجها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu menamakan anak kamu dengan nama Muhammad, hendaklah kamu memuliakannya, lapangkanlah ruang untuknya di dalam majlis, serta janganlah kamu mendoakan agar mukanya diburukkan.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis nombor 1030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه، وأوسعوا له في المجلس، ولا تقبحوا له وجها)). [ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (2573)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu menamakan anak kamu dengan nama Muhammad, hendaklah kamu memuliakannya, lapangkanlah ruang untuknya di dalam majlis, serta janganlah kamu mendoakan agar mukanya diburukkan.
[Riwayat Ibn al-Najjar dalam Dzail Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2573]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.