Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا سَمَّيْتُمُ الولدَ مُحَمَّدًا فأَكْرِمُوهُ، وأَوْسِعُوا له في المَجْلِسِ، ولا تُقَبِّحُوا له وَجْهًا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu menamakan anak kamu dengan nama Muhammad, hendaklah kamu memuliakannya, lapangkanlah ruang untuknya di dalam majlis, serta janganlah kamu mendoakan agar mukanya diburukkan.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1030. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا سميتم الولد محمدا فأكرموه، وأوسعوا له في المجلس، ولا تقبحوا له وجها)). [ابن النجار في ((ذيل تاريخ بغداد))، ((الضعيفة)) (2573)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu menamakan anak kamu dengan nama Muhammad, hendaklah kamu memuliakannya, lapangkanlah ruang untuknya di dalam majlis, serta janganlah kamu mendoakan agar mukanya diburukkan. [Riwayat Ibn al-Najjar dalam Dzail Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2573]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman