Sekiranya kamu memuji saudaramu di hadapannya

TEKS BAHASA ARAB

إذا مدحت أخاك في وجهه فكأنما أمررت على حلقه موسى رميضا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu memuji saudaramu di hadapannya seolah-olah kamu sedang meletakkan pisau cukur yang tajam pada lehernya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis nombor 1036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن يحيى بن جابر معضلا: ((إذا مدحت أخاك في وجهه فكأنما أمررت على حلقه موسى رميضا)). [نعيم بن حماد في ((الزوائد لابن المبارك))، ((الضعيفة)) (2543)]

(Lemah)
Daripada Yahya bin Jabir (secara mu’dal): Sekiranya kamu memuji saudaramu di hadapannya seolah-olah kamu sedang meletakkan pisau cukur yang tajam pada lehernya.
[Riwayat Nu‘aim bin Hammad dalam Zawaid al-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2543]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs