Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا مدحْتَ أخاكَ في وجْهِهِ فكأنَّما أمرَرْتَ على حلْقِهِ مُوسَى رمِيضًا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu memuji saudaramu di hadapannya seolah-olah kamu sedang meletakkan pisau cukur yang tajam pada lehernya.
Sahabat Perawi
- Yahya bin Jabir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1036. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحيى بن جابر معضلا: ((إذا مدحت أخاك في وجهه فكأنما أمررت على حلقه موسى رميضا)). [نعيم بن حماد في ((الزوائد لابن المبارك))، ((الضعيفة)) (2543)]
(Daif) Daripada Yahya bin Jabir (secara mu’dal): Sekiranya kamu memuji saudaramu di hadapannya seolah-olah kamu sedang meletakkan pisau cukur yang tajam pada lehernya. [Riwayat Nu‘aim bin Hammad dalam Zawaid al-Zuhd oleh Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2543]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman