Sekiranya kamu mempersaudarakan diri kamu dengan seorang lelaki maka tanyakanlah kepadanya tentang namanya dan juga nama bapanya

TEKS BAHASA ARAB

إذا آخيت رجلا فسله عن اسمه واسم أبيه، فإن كان غائبا حفظته وإن كان مريضا عدته، وإن مات شهدته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu mempersaudarakan diri kamu dengan seorang lelaki maka tanyakanlah kepadanya tentang namanya dan juga nama bapanya. Sekiranya dia sedang berpergian kawasan, maka kamu akan menjaga (harta atau tanggungannya semasa tempoh ketiadaannya). Sekiranya dia sakit, kamu menziarahinya, dan sekiranya dia meninggal dunia maka kamu akan menghadiri pengurusan jenazahnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis nombor 948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إذا آخيت رجلا فسله عن اسمه واسم أبيه، فإن كان غائبا حفظته وإن كان مريضا عدته، وإن مات شهدته)). [تمام، هب، ((الضعيفة)) (1725)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu mempersaudarakan diri kamu dengan seorang lelaki maka tanyakanlah kepadanya tentang namanya dan juga nama bapanya. Sekiranya dia sedang berpergian kawasan, maka kamu akan menjaga (harta atau tanggungannya semasa tempoh ketiadaannya). Sekiranya dia sakit, kamu menziarahinya, dan sekiranya dia meninggal dunia maka kamu akan menghadiri pengurusan jenazahnya.
[Riwayat Tammam dan al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1725]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs