Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا آخَيْتَ رجلًا فسَلْهُ عنِ اسمِهِ واسمِ أَبِيهِ، فإن كان غائبًا حَفِظْتَه، وإن كان مريضًا عُدْتَه، وإن مات شَهِدْتَه.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu mempersaudarakan diri kamu dengan seorang lelaki maka tanyakanlah kepadanya tentang namanya dan juga nama bapanya. Sekiranya dia sedang berpergian kawasan, maka kamu akan menjaga (harta atau tanggungannya semasa tempoh ketiadaannya). Sekiranya dia sakit, kamu menziarahinya, dan sekiranya dia meninggal dunia maka kamu akan menghadiri pengurusan jenazahnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 185, hadis no. 948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إذا آخيت رجلا فسله عن اسمه واسم أبيه، فإن كان غائبا حفظته وإن كان مريضا عدته، وإن مات شهدته)). [تمام، هب، ((الضعيفة)) (1725)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu mempersaudarakan diri kamu dengan seorang lelaki maka tanyakanlah kepadanya tentang namanya dan juga nama bapanya. Sekiranya dia sedang berpergian kawasan, maka kamu akan menjaga (harta atau tanggungannya semasa tempoh ketiadaannya). Sekiranya dia sakit, kamu menziarahinya, dan sekiranya dia meninggal dunia maka kamu akan menghadiri pengurusan jenazahnya. [Riwayat Tammam dan al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Īmān. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1725]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman