Sekiranya kamu memiliki air yang disimpan semalaman ini di dalam kantung air, maka berilah minum kepada kami

TEKS BAHASA ARAB

إن كان عندك ماء بات هذه الليلة في شنة، فاسقنا وإلا كرعنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu memiliki air yang disimpan semalaman ini di dalam kantung air, maka berilah minum kepada kami. Sekiranya tidak, kami akan menghirup.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 241-242, hadis nombor 1267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله – رضي الله عنهما -: أن النبي ﷺ دخل على رجل من الأنصار ومعه صاحب له، فقال له النبي ﷺ: «إن كان عندك ماء بات هذه الليلة في شنة، فاسقنا وإلا كرعنا»، قال: والرجل يحول الماء في حائطه، قال: فقال الرجل: يا رسول الله عندي ماء بائت، فانطلق إلى العريش، قال: فانطلق بهما فسكب في قدح، ثم حلب عليه من داجن له، قال: فشرب رسول اللہ ﷺ ثم شرب الرجل الذي معه. [خ، د، الدارمي، هـ، حب، ش، حم، «الضعيفة» (6949)].

(Lemah) Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa Nabi ﷺ masuk bertemu seorang lelaki dari kalangan Ansar, dan ada seorang temannya bersamanya. Lalu Nabi ﷺ berkata kepadanya: "Sekiranya kamu memiliki air yang disimpan semalaman ini di dalam kantung air, maka berilah minum kepada kami. Sekiranya tidak, kami akan menghirup". Jabir berkata: Pada ketika itu lelaki itu sedang memindahkan air (siraman) sekitar kebunnya. Jabir berkata: Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah, aku ada memiliki air yang disimpan semalaman, bergeraklah ke pondok". Lalu dia bergerak bersama mereka berdua lalu menuangkan (air tersebut) ke dalam bekas minuman, kemudian dia memerah susu kambing jinak miliknya ke dalamnya. Jabir berkata: Kemudian Rasulullah ﷺ pun minum dan lelaki yang bersama dengan baginda juga minum. [Riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, Abu Daud dalam Sunannya, al-Darimi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn Abi Shaybah dalam Musannafnya dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6949].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs