Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنْ كانَ عِنْدَكَ مَاءٌ بَاتَ هذِه اللَّيْلَةَ في شَنَّةٍ، فاسْقنا وإلَّا كَرَعْنَا.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu memiliki air yang disimpan semalaman ini di dalam kantung air, maka berilah minum kepada kami. Sekiranya tidak, kami akan menghirup.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 241-242, hadis no. 1267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada Jabir bin Abdullah RA, bahawa Nabi ﷺ masuk bertemu seorang lelaki dari kalangan Ansar, dan ada seorang temannya bersamanya. Lalu Nabi ﷺ berkata kepadanya: "Sekiranya kamu memiliki air yang disimpan semalaman ini di dalam kantung air, maka berilah minum kepada kami. Sekiranya tidak, kami akan menghirup". Jabir berkata: Pada ketika itu lelaki itu sedang memindahkan air (siraman) sekitar kebunnya. Jabir berkata: Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah, aku ada memiliki air yang disimpan semalaman, bergeraklah ke pondok". Lalu dia bergerak bersama mereka berdua lalu menuangkan (air tersebut) ke dalam bekas minuman, kemudian dia memerah susu kambing jinak miliknya ke dalamnya. Jabir berkata: Kemudian Rasulullah ﷺ pun minum dan lelaki yang bersama dengan baginda juga minum. [Riwayat al-Bukhari dalam Sahihnya, Abu Daud dalam Sunannya, al-Darimi dalam Sunannya, Ibn Majah dalam Sunannya, Ibn Hibban dalam Sahihnya, Ibn Abi Shaybah dalam Musannafnya dan Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 6949].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman