Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إِذَا حَمَلْتُمْ، فَأَخِّرُوا الحِمْلَ، فَإِنَّ الرِّجْلُ مُوثَقَةٌ، وَالْيَدَ مُعلَّقَةٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu membawa sesuatu, maka letakkanlah barangan itu di belakang (haiwan tunggangan). Kerana kaki itu dipercayai (kukuh) manakala tangan itu tergantung.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 230, hadis no. 1222. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله- صلى الله عليه وسلم -: ((إذا حملتم، فأخروا الحمل، فإن الرجل موثقة، واليد معلقة)). [البزار، طس، هق، خط، ابن الأعرابي، ابن مخلد في ((المنتقى من أحاديثه))، ((الضعيفة)) (6455)]
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu membawa sesuatu, maka letakkanlah barangan itu di belakang (haiwan tunggangan). Kerana kaki itu dipercayai (kukuh) manakala tangan itu tergantung. [Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra, al-Khatib dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-A’rabi, dan Ibn Mikhlad dalam al-Muntaqa Min Ahadithih. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 6455]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman