Sekiranya kamu melihat sesuatu yang tidak disukai

TEKS BAHASA ARAB

أحسنها (يعني: الطيرة) الفأل، ولا ترد مسلما، فإذا رأى أحدكم ما يكره فليقل: اللهم لا يأتي بالحسنات إلا أنت ولا يدفع السيئات إلا أنت، ولا حول ولا قوة إلا بك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sebaik-baiknya adalah al-Fa’l (sangkaan baik). Dan ia tidak menyebabkan seseorang muslim itu berpatah balik. Sekiranya salah seorang kamu melihat sesuatu yang dia tidak sukai, maka ucapkanlah: Ya Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Kamu, dan tidak ada yang dapat menolak sebarang keburukan melainkan Kamu, serta tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan-Mu.

STATUS

Sanadnya Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 184, hadis nombor 945. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف الإسناد) عن عروة بن عامر – رضي الله عنه -، قال: ذكرت الطيرة عند النبي – صلى الله عليه وسلم – فقال: ((أحسنها (يعني: الطيرة) الفأل، ولا ترد مسلما، فإذا رأى أحدكم ما يكره فليقل: اللهم لا يأتي بالحسنات إلا أنت ولا يدفع السيئات إلا أنت، ولا حول ولا قوة إلا بك)). [د، ((الضعيفة)) (1619)]

(Sanadnya Lemah)
Daripada ‘Urwah bin ‘Amir RA beliau berkata: Disebutkan tentang al-Thiyarah di sisi Nabi SAW, lalu Baginda bersabda: Sebaik-baiknya adalah al-Fa’l (sangkaan baik). Dan ia tidak menyebabkan seseorang muslim itu berpatah balik. Sekiranya salah seorang kamu melihat sesuatu yang dia tidak sukai, maka ucapkanlah: Ya Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Kamu, dan tidak ada yang dapat menolak sebarang keburukan melainkan Kamu, serta tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan-Mu.
[Riwayat Abu Dāwud dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1619]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs