Sekiranya kamu melalui kawasan mereka yang bermain perbuatan al-Azlam

TEKS BAHASA ARAB

إذا مررتم بهؤلاء الذين يلعبون الأزلام: الشطرنج والنرد وما كان من اللهو، فلا تسلموا عليهم، فإن سلموا عليكم فلا تردوا عليهم، فإنهم إذا اجتمعوا وأكبوا عليها، جاء إبليس أخزاه الله بجنوده فأحدق بهم، كلما ذهب رجل يصرف بصره عن الشطرنج لكز في ثغره، وجاءت الملائكة من وراء ذلك فأحدقوا بهم، ولم يدنوا منهم، فما يزالون يلعنونهم حتى يتفرقوا عنها حين يتفرقون كالكلاب اجتمعت على جيفة، فأكلت منها، حتى ملأت بطونها ثم تفرقت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu melalui kawasan mereka yang bermain perbuatan al-Azlam: (Iaitu) catur, dadu, dan perkara-perkara lain yang melalaikan, maka janganlah kamu memberi salam kepada mereka. Sekiranya mereka mengucapkan salam kepada kamu, janganlah kamu menjawab salam mereka. Ini kerana sekiranya mereka berhimpun dan menghadap ke arah permainan tersebut, Iblis – semoga Allah menghinakannya – akan datang bersama tenteranya kepada mereka lalu ia akan meliputi mereka. Setiap kali datangnya seorang lelaki yang memalingkan matanya daripada catur, ia akan memukulnya pada mulutnya. Lalu datanglah malaikat dari arah belakang, dan meliputi mereka. Namun mereka tidak mendekati golongan tersebut. Sentiasalah mereka (para malaikat) melaknat kumpulan itu sehinggalah mereka bersurai darinya. Keadaan mereka semasa bersurai daripadanya adalah seperti sekumpulan anjing yang berhimpun pada bangkai, lalu mereka memakannya. Sehingga apabila perut mereka sudah kenyang, mereka pun bersurai.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 179 hadis nombor 911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي هريرة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا مررتم بهؤلاء الذين يلعبون الأزلام: الشطرنج والنرد وما كان من اللهو، فلا تسلموا عليهم، فإن سلموا عليكم فلا تردوا عليهم، فإنهم إذا اجتمعوا وأكبوا عليها، جاء إبليس أخزاه الله بجنوده فأحدق بهم، كلما ذهب رجل يصرف بصره عن الشطرنج لكز في ثغره، وجاءت الملائكة من وراء ذلك فأحدقوا بهم، ولم يدنوا منهم، فما يزالون يلعنونهم حتى يتفرقوا عنها حين يتفرقون كالكلاب اجتمعت على جيفة، فأكلت منها، حتى ملأت بطونها ثم تفرقت.
[آلآجري في ((كتاب تحريم النرد والشطرنج والملاهي))، ((الضعيفة)) (1146)]

(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sekiranya kamu melalui kawasan mereka yang bermain perbuatan al-Azlam: (Iaitu) catur, dadu, dan perkara-perkara lain yang melalaikan, maka janganlah kamu memberi salam kepada mereka. Sekiranya mereka mengucapkan salam kepada kamu, janganlah kamu menjawab salam mereka. Ini kerana sekiranya mereka berhimpun dan menghadap ke arah permainan tersebut, Iblis – semoga Allah menghinakannya – akan datang bersama tenteranya kepada mereka lalu ia akan meliputi mereka. Setiap kali datangnya seorang lelaki yang memalingkan matanya daripada catur, ia akan memukulnya pada mulutnya. Lalu datanglah malaikat dari arah belakang, dan meliputi mereka. Namun mereka tidak mendekati golongan tersebut. Sentiasalah mereka (para malaikat) melaknat kumpulan itu sehinggalah mereka bersurai darinya. Keadaan mereka semasa bersurai daripadanya adalah seperti sekumpulan anjing yang berhimpun pada bangkai, lalu mereka memakannya. Sehingga apabila perut mereka sudah kenyang, mereka pun bersurai.
[Riwayat al-Aajurri dalam kitab Tahrim al-Thard Wal al-Shataranj Wal al-Malahiy. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 1146]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs