Sekiranya kamu mati, nescaya kamu akan mati sebagai seorang syahid

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن مت مت شهيدا، أو، قال: من أهل الجنة. قاله لمن أوصاه إذا أخذ مضجعه أن يقرأ سورة الحشر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu mati, nescaya kamu akan mati sebagai seorang syahid. Atau baginda berkata: (Sebagai) salah seorang penghuni syurga. Baginda mengatakannya kepada orang yang baginda wasiatkan, apabila dia pergi ke tempat tidurnya, hendaklah dia membaca surah al-Hasyr.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 194, hadis nombor 1003. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: أن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – أوصى رجلا إذا أخذ مضجعه أن يقرأ سورة الحشر، وقال: ((إن مت مت شهيدا، أو، قال: من أهل الجنة. قاله لمن أوصاه إذا أخذ مضجعه أن يقرأ سورة الحشر)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (2217)]

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, Bahawa Rasulullah SAW berpesan kepada seorang lelaki: Apabila dia pergi ke tempat tidurnya hendaklah dia membaca surah al-Hasyr. Lalu baginda berkata: “Sekiranya kamu mati, nescaya kamu akan mati sebagai seorang syahid. Atau baginda berkata: (Sebagai) salah seorang penghuni syurga.” Baginda mengatakannya kepada orang yang baginda wasiatkan, apabila dia pergi ke tempat tidurnya, hendaklah dia membaca surah al-Hasyr.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2217]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.