Sekiranya kamu mampu untuk melakukan (sesuatu) kerana Allah dengan reda berserta yakin, maka lakukanlah

TEKS BAHASA ARAB

إن استطعت أن تعمل لله بالرضا مع اليقين فافعل، وإن لم تستطع؛ فإن في الصبر على ما يكره خيرا كثيرا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sekiranya kamu mampu untuk melakukan (sesuatu) kerana Allah dengan reda berserta yakin, maka lakukanlah. Namun sekiranya kamu tidak mampu, maka sesungguhnya bersabar terhadap apa yang dibenci itu ada kebaikan yang banyak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 501, hadis nombor 2680. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول لله ﷺ: «إن استَطَعْتَ أن تعملَ لله بالرضا مع اليقينِ فافعلْ، وإن لم تستطعْ؛ فإنَّ في الصَّبْرِ على ما يُكْرَهُ خيراً كثيراً». [هناد، طب، حل، «الضعيفة» (5107)].

(Lemah) Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: "Sekiranya kamu mampu untuk melakukan (sesuatu) kerana Allah dengan reda berserta yakin, maka lakukanlah. Namun sekiranya kamu tidak mampu, maka sesungguhnya bersabar terhadap apa yang dibenci itu ada kebaikan yang banyak". [Riwayat Hannad dalam al-Zuhd, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5107].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.