Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن استَطَعْتَ أن تعملَ لله بالرضا مع اليقينِ فافعلْ، وإن لم تستطعْ؛ فإنَّ في الصَّبْرِ على ما يُكْرَهُ خيراً كثيراً.
Teks Bahasa Melayu
Sekiranya kamu mampu untuk melakukan (sesuatu) kerana Allah dengan reda berserta yakin, maka lakukanlah. Namun sekiranya kamu tidak mampu, maka sesungguhnya bersabar terhadap apa yang dibenci itu ada kebaikan yang banyak.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 501, hadis no. 2680.
(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول لله ﷺ: «إن استَطَعْتَ أن تعملَ لله بالرضا مع اليقينِ فافعلْ، وإن لم تستطعْ؛ فإنَّ في الصَّبْرِ على ما يُكْرَهُ خيراً كثيراً». [هناد، طب، حل، «الضعيفة» (5107)].
(Lemah) Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: "Sekiranya kamu mampu untuk melakukan (sesuatu) kerana Allah dengan reda berserta yakin, maka lakukanlah. Namun sekiranya kamu tidak mampu, maka sesungguhnya bersabar terhadap apa yang dibenci itu ada kebaikan yang banyak". [Riwayat Hannad dalam al-Zuhd, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5107].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman