Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sekiranya kamu lalu di hadapan golongan yang jahat

Teks Bahasa Arab

إذا مررتُم بأهلِ الشِّرَّةِ فسلِّمُوا عليهمْ؛ تُطْفَأُ عنكُم شِرَّتُهُمْ وَثَائِرَتُهم.

Teks Bahasa Melayu

Sekiranya kamu lalu di hadapan golongan yang jahat, maka ucapkanlah salam kepada mereka nescaya akan terpadam kejahatan dan keburukan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 199, hadis no. 1037. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إذا مررتم بأهل الشرة فسلموا عليهم؛ تطفأ عنكم شرتهم وثائرتهم)). [هب، ((الضعيفة)) (2723)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sekiranya kamu lalu di hadapan golongan yang jahat, maka ucapkanlah salam kepada mereka nescaya akan terpadam kejahatan dan keburukan mereka. [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2723]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.